Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
Pengurusan bengkel bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan, peraturan dipatuhi dengan betul, kebersihan bengkel dijaga, penyimpanan alatan dan bahan yang kemas dan sistematik serta dapat menghindarkan kemalangan apabila murid mempunyai sifat bertanggungjawab, bekerjasama dan menepati masa.
Struktur Organisasi Bengkel
Pengurusan bengkel yang baik mestilah mempunyai seorang ketua dan penyokong yang dipilih dikalangan murid yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pemilihan formen dan penolong formen ini dilakukan oleh murid sendiri bagi mendapat kerjasama daripada rakan sekelas.
Carta Organisasi Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu:
Langkah Keselamatan
Peraturan keselamatan mestilah diamalkan agar kemalangan dapat dihindarkan. Amalan 4M adalah amalan yang mesti dipatuhi semasa bekerja di bengkel Kemahiran Hidup.
Amalan 4M ialah :
Contoh menyusun atur peralatan dengan sistematik
Peraturan Keselamatan Di bahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1. Peraturan Keselamatan Bengkel
- Bengkel mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
- Murid mesti mengenalpasti tempat khas yang digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan
- Pastikan semua alat kawalan dan suis elektrik dibengkel berfungsi
- Bengkel mestilah mempunyai kotak pertolongan cemas dan pemadam api.
- Murid dikehendaki melaporkan kepada guru dengan segera jika berlaku kemalangan dibengkel
- Pastikan semua suis dipadamkan sebelum meninggalkan bengkel.
2. Peraturan Keselamatan Alatan
- Sebelum menggunakan alatan , pastikan alatan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
- Gunakan alatan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat
- Bersihkan alatan yang telah digunakan dan simpan semula ditempat yang telah dikhaskan.
- Laporkan kepada guru jika terdapat alatan yang hilang atau rosak dengan segera.
- Jika murid menggunakan alatan elektrik, pastikan murid telah mendapat tunjuk ajar dan kebenaran guru.
3. Peraturan Keselamatan Diri
- Murid mesti mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dibengkel.
- Murid mesti mempersiapkan diri dengan pengetahuan asas pertolongan cemas.
- Murid mesti memakai apron semasa melakukan kerja amali dibengkel
- Murid mesti memakai kasut bertutup dan bertapak getah semasa berada dibengkel bagi mengelakkan kemalangan.
- Murid dilarang bermain, bergurau, makan dan minum semasa dibengkel.
- Murid hendaklah meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum menggunakan mana- mana peralatan atau mesin.
- Murid ditegah berbual semasa menggunakan peralatan atau mesin.
- Murid mesti mematuhi penggunaan alat perlindungan diri seperti gogal, sarung tangan, mask dan penutup telinga.
- Murid mesti melaporkan kepada guru jika berlaku kemalangan.